Amuk

Hei layang-layang terbang

Semasa itu kau tinggi lutut ayah
Baru nak belajar mengenal dunia
Hairan dan asyik kau melihatnya
Perkara biasa dimatamu menjadi indah

Bagai kain putih
Sedia dilukis seratus peratus
Apa saja mengikut bentuk dan rupa
Cermin hatimu akan terus terima

Lihat layang-layang

Sekarang kau sudah lebih tinggi ayah
Dah banyak kau tahu perihal dunia
Hambar dan jemu kau melihatnya
Perkara biasa dimatamu menjadi sampah

Bagai jernih air
Merakam bayangan seratus peratus
Apa saja yang datang ataupun singgah
Cermin hatimu akan terus memangkah

Baik buruk songsang terbalik
Hanyalah sebuah tafsiran
Belum tentu ada benarnya
Mungkin salah masa (jangka)

Lihat layang-layang terbang