Amuk

Gugur sudah segalanya
Terhempas dan memijar
Di mata di minda dan di jiwa
Nanar rabun dibius warna

( 1 )
Malanglah aku menjadi perindu
Berpuing di awang awangan
Melayang ke negeri melayang
Pasrahlah aku turutkan saja

( 2 )
Kasih dibina zaman berzaman
Bumbungnya rindu tiangserinya cinta
Runtuh kerana diledak rakusnya
Bergegar berdiri ku tersinis rindu

( 3 )
Ranaplah, Hancurlah, Makna
Kerananya warna, Kita parah
Tenggelam, Di alir peluhnya
Di arus songsangnya, Kita Hilang

( ulang 1, 2, 3 )